Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008
Murid Pemulihan Khas ialah murid yang menghadapi kesukaran
dalam penguasaan kemahiran asaas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan
bukan kognitif.
A.E. Tansley dan Gulliford
Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan
yang rendah dan kurang kebolehan menerima pendidikan biasa.
M.F. Clough
Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang
kemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang
perkara-perkara yang abstrak.
Sharifah Rahmah Ali
Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah untuk murid-murid yang gagal menerima
pelajaran dan mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi,
sederhana dan yang di bawah sederhana.
Brennan (1974)
Murid pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal
sekolah untuk kumpulan sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai
kanak-kanak cacat.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1984)
Murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah
pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap
pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta
kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Koh (1984)
Murid pendidikan pemulihan sebagai murid lambat dan diberi
label seperti kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur,
yang memiliki masalah pembelajaran dan men derita kegagalan dalam pendidikan. Murid-murid
ini memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dibandingkan dengan
taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya atau tidak pada taraf yang
diharapkan bagi murid-murid di peringkat persekolahan itu.
Johnson (1963)
Murid yang tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik
seperti kanak-kanak lain yang sedarjah dengannya.
Dengan segala jenis takrifan di atas, dapatlah disimpulkan
bahawa murid Pemulihan Khas ialah mereka yang lambat pembelajarannya yang
mempunyai kecerdasan di bawah sederhana ataurencatan yang
ringan dan termasuk mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan am atau
tertentu dalam usaha penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa.
Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut
beberapa kajian mereka hanya belajar bila telah ‘bersedia’.