Selasa, 18 Disember 2012
Kulit Buku saya
Hai .. ini la kulit buku yang saya baru buat.. sebelum memang ada tetapi ini yang terbaru..
saya menggunakan perkara yang mudah dalam menghasilkan kulit buku saya ini...
saya menggunakan warna kelabu bagi latar belakang kulit buku kerana saya ingin memadankan dengan tajuk buku..
warna kelabu serta terdapatnya cahaya di tengah memperlihatkan satu sinar harapan .. Oleh itu, ia amat bersesuaian dengan tajuk buku saya yang mengharapkan sesuatu...
Oleh itu, bukan sia- sia dalam saya menghasilkan kulit buku, tetapi mempunyai makna tertentu
Khamis, 29 November 2012
MASALAH - MASALAH MURID PEMULIHAN KHAS
Hai semua.. kembali lagi dalam entri yang berkaitan pemulihan khas..
pada kali ini, saya akan mendedahkan kepada pembaca semua tentang masalah murid pemulihan khas.
tahu x masalah mereka?????
masalah mereka ialah dalam membaca, menulis,dan mengira ...
1. Membaca
Masalah
dalam Kemahiran
Membaca
1.Huruf
seakan- akan
sama ( h-n, c-e ,f - t)
2.Bentuk
huruf terbalik
(
w-m, h-y, u-n )
3.Bentuk
huruf songsang
(
p-q, b-d )
4.Sebut
perkataan seakan
sama
(rambut- rumput)
1.Meninggalkan
perkataan dalam
ayat
(Abu berlari dengan cepat -> Abu lari cepat)
2. Masalah menulis
3. Masalah Matematik
renung2kan dan selamat memahami :-)
TUGASAN MODEL BBM 3D ( FOTO- SHOT )
IKLAN ... IKLAN... IKLAN...
Ini merupakan beberapa sesi fotografi untuk model 3D BBM yang saya kena buat ..
Saya kongsi dengan anda semua ok..
" MENARA ABJAD SAYA "
( X menarik tetapi insyaAllah berjaya untuk kefahaman murid - murid pemulihan khas)
Ini merupakan beberapa sesi fotografi untuk model 3D BBM yang saya kena buat ..
Saya kongsi dengan anda semua ok..
" MENARA ABJAD SAYA "
( X menarik tetapi insyaAllah berjaya untuk kefahaman murid - murid pemulihan khas)
Selasa, 27 November 2012
Isnin, 26 November 2012
MODEL BAHAN BANTU MENGAJAR MURID PEMULIHAN KHAS
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat menamakan huruf besar A – Z, membaca huruf
besar A - Z dan menulis huruf besar A – Z.
Aktiviti :
1. Guru akan sebutkan huruf besar A - Z
2. Murid akan ikut apa guru sebut.
3. Guru sebut beberapa huruf besar dan murid akan ambil kad huruf tersebut dan menampalkannya pada "Menara Abjad Saya"
Gambar di bawah merupakan bahan bantu mengajar yang saya hasilkan sendiri. Saya menamakannya sebagai Menara Abjad Saya. hehehe suka menara.. saya membina menara kerana murid - murid pemulihan khas nie sudah kerap belajar dengan kertas. Jadi untuk kali ini, kita menggunakan sesuatu yang berbentuk seperti mainan dan sekaligus menarik minat mereka. :-)
besar A - Z dan menulis huruf besar A – Z.
Aktiviti :
1. Guru akan sebutkan huruf besar A - Z
2. Murid akan ikut apa guru sebut.
3. Guru sebut beberapa huruf besar dan murid akan ambil kad huruf tersebut dan menampalkannya pada "Menara Abjad Saya"
Gambar di bawah merupakan bahan bantu mengajar yang saya hasilkan sendiri. Saya menamakannya sebagai Menara Abjad Saya. hehehe suka menara.. saya membina menara kerana murid - murid pemulihan khas nie sudah kerap belajar dengan kertas. Jadi untuk kali ini, kita menggunakan sesuatu yang berbentuk seperti mainan dan sekaligus menarik minat mereka. :-)
Ahad, 25 November 2012
IKLAN... SKETSA 2
Cucu: Nek, nek…. datuk meninggal dunia..
Nenek: Bila cu..?
cucu: Baru jer ni, jatuh dalam bilik air, cepat nek, semua org tengah berkumpul..
Nenek: iya iya..! eh, cu…pinjam ipad kamu dulu jap..
Cucu: La, nak buat apa nek?
Nenek: Nak buka FB
Cucu: ohh, pasti nak update wall kawan-kawan nenek atas kematian datuk ya? Ok, dah nek..
Nenek: Bukan la cu…. Cuma nenek nak update status Nenek dari “Married” kepada “Single..”
Khamis, 22 November 2012
Ciri - ciri Khusus Murid Pemulihan Khas
Assalamualaikum ... dah layan iklan pada post yang lepas, saya sambung semula topik pemulihan khas. ok.. Setiap kanak - kanak berkeperluan khas, mempunyai ciri - ciri khusus yang terdapat dalam diri mereka. Sama juga dengan pemulihan khas, ciri - ciri itu tetap ada pada mereka. Merujuk dalam KPM , terdapat 5 ciri khusus kanak - kanak pemulihan.
Pertama ...
Kedua ...
Ketiga .....
Keempat ....
Kelima....
Inilah kelima - lima ciri khusus yang dapat diperhatikan pada kanak - kanak slow learner :-)
Pertama ...
Kedua ...
Ketiga .....
Keempat ....
Kelima....
Inilah kelima - lima ciri khusus yang dapat diperhatikan pada kanak - kanak slow learner :-)
Rabu, 21 November 2012
IKLAN .. SKETSA 1
Cikgu Nasrol sedang mengendalikan kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa. Cikgu Nasyor akan menyuruh murid - muridnya melakukan regangan otot.
Tiba di satu bahagian , di mana murid - murid baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal.
Cikgu Nasrol asyik memerhatikan seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba - tiba memberhentikan kakinya.
Cikgu Nasrol : Man, kenapa berhenti mengayuh ?
Man : oh, Cikgu Nasrol. Saya tengah turun bukit nie cikgu, tu sebab saya berhenti mengayuh. Takkan turun bukit , nak kayuh gak ...
(@_@)
Tiba di satu bahagian , di mana murid - murid baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal.
Cikgu Nasrol asyik memerhatikan seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba - tiba memberhentikan kakinya.
Cikgu Nasrol : Man, kenapa berhenti mengayuh ?
Man : oh, Cikgu Nasrol. Saya tengah turun bukit nie cikgu, tu sebab saya berhenti mengayuh. Takkan turun bukit , nak kayuh gak ...
(@_@)
Ahad, 18 November 2012
SEJARAH PEMULIHAN KHAS
Pada kali ini, saya akan mendedahkan kepada pembaca semua tentang sejarah pemulihan khas. Saya menggunakan video untuk tontonan semua.. Selamat menonton
Jumaat, 2 November 2012
Apa itu Program Pemulihan Khas ?
Ini merupakan beberapa pengertian program pemulihan khas yang dilontarkan oleh beberapa orang individu . Namun , sebagai seorang rakyat Malaysia, seseorang itu merujuk sumber Kementerian Pelajaran Malaysia bagi pemulihan khas. Ini kerana negara Malaysia mempunyai cara yang berlainan dengan negara lain .
Sabtu, 27 Oktober 2012
Siapakah Murid Pemulihan Khas ? ? ? Mari kita kenal pasti...
Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008
Murid Pemulihan Khas ialah murid yang menghadapi kesukaran
dalam penguasaan kemahiran asaas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan
bukan kognitif.
A.E. Tansley dan Gulliford
Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan
yang rendah dan kurang kebolehan menerima pendidikan biasa.
M.F. Clough
Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang
kemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang
perkara-perkara yang abstrak.
Sharifah Rahmah Ali
Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah untuk murid-murid yang gagal menerima
pelajaran dan mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi,
sederhana dan yang di bawah sederhana.
Brennan (1974)
Murid pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal
sekolah untuk kumpulan sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai
kanak-kanak cacat.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1984)
Murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah
pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap
pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta
kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Koh (1984)
Murid pendidikan pemulihan sebagai murid lambat dan diberi
label seperti kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur,
yang memiliki masalah pembelajaran dan men derita kegagalan dalam pendidikan. Murid-murid
ini memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dibandingkan dengan
taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya atau tidak pada taraf yang
diharapkan bagi murid-murid di peringkat persekolahan itu.
Johnson (1963)
Murid yang tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik
seperti kanak-kanak lain yang sedarjah dengannya.
Dengan segala jenis takrifan di atas, dapatlah disimpulkan
bahawa murid Pemulihan Khas ialah mereka yang lambat pembelajarannya yang
mempunyai kecerdasan di bawah sederhana ataurencatan yang
ringan dan termasuk mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan am atau
tertentu dalam usaha penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa.
Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut
beberapa kajian mereka hanya belajar bila telah ‘bersedia’.
Langgan:
Catatan (Atom)