ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT DATANG

Rabu, 21 November 2012

IKLAN .. SKETSA 1

Cikgu Nasrol sedang mengendalikan kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa. Cikgu Nasyor akan menyuruh murid - muridnya melakukan regangan otot. 

Tiba di satu bahagian , di mana murid - murid baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. 

Cikgu Nasrol asyik memerhatikan seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba - tiba memberhentikan kakinya. 

Cikgu Nasrol : Man, kenapa berhenti mengayuh ?
Man : oh, Cikgu Nasrol. Saya tengah turun bukit nie cikgu, tu sebab saya berhenti mengayuh. Takkan turun bukit , nak kayuh gak ...

(@_@) 

Tiada ulasan: